My Add

Monday 1 July 2013

Pas tolak saranan DAP, tetap bertanding di Kuala Besut

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 01 Julai, 203: Pas Terengganu berpendirian tegas akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sekali gus menolak saranan yang dicadangkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, tidak timbul soal memboikot PRK DUN Kuala Besut kerana Pas negeri bertekad mahu memenangi kerusi di DUN itu biarpun tewas majoriti 2,434 pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau berkata, tiada istilah boikot ketika ini kerana Pas negeri tidak bercadang memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi itu dengan 'percuma'.

"Tidak timbul boikot PRK ini kerana baru-baru ini ada yang mahu boikot angkat sumpah di Parlimen tetapi akhirnya pergi juga angkat sumpah, jadi, kita tetap dengan keputusan kita yang akan letakkan calon Pas di DUN Kuala Besut.

"Kita juga telah bermesyuarat dan telah senarai pendek calon yang akan bertanding serta telah kerahkan jentera untuk buat persiapan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment