My Add

Monday 29 July 2013

PDRM siasat dakwaan Pengerusi MyWatch

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat salah satu daripada beberapa 'tweet' Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan yang mendakwa polis yang mengarahkan ahli sindiket untuk melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan dia cedera parah di Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara ini adalah antara beberapa aspek polis Bukit Aman akan menyiasat kes itu sehingga ke akar umbi.

Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai pasukan petugas khas bagi menyelia siasatan itu sambil berharap Sri Sanjeevan segera sembuh untuk membantu siasatan itu.

"Saya beri jaminan kepada keluarga mangsa dan orang awam bahawa siasatan polis akan dibuat dengan teliti dan melihat kepada semua aspek termasuk apa yang didakwa SS (Sri Sanjeevan) sebelum ini.

"Saya berharap Sanjeevan cepat sembuh bagi membantu kami dalam siasatan @PDRMsia," katanya lagi menerusi laman sosial Twitter miliknya hari ini.

Akhbar semalam melaporkan Sri Sanjeevan, 29, cedera di perut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal ketika mangsa sedang memandu sebuah kereta jenis BMW di Taman Cempaka dekat Bahau.

Difahamkan lapan jam sebelum mangsa ditembak kira-kira pukul 4.30 petang itu, Sanjeevan telah telah menulis tweet di @SanjeevanSS: "Seorang @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api dan akan memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya dan keluarga".

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika melawat Sri Sanjeevan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban memberitahu, keadaan Sanjeevan disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil.

Dalam tweetnya, Musa berkata, keselamatan awam boleh dipastikan jika integriti polis kekal utuh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment