My Add

Monday 1 July 2013

Pemandu perlu jelaskan kompaun saman AES

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Pemandu yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu menjelaskan kompaun itu walaupun pendakwaan kes berkenaan ditangguhkan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kompaun itu perlu dijelaskan kerana notis yang dikeluarkan kepada orang yang melakukan kesalahan trafik tersebut dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, pelaksanaan AES masih diteruskan di 14 lokasi sedia ada di negara ini.

"Antaranya, KM375.9, Lebuh Raya PLUS - Slim River (Arah ke Utara), KM7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), KM26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (persimpangan Kampung Kerdah) dan KM204.6 Lebuh Raya PLUS - Taiping (arah ke Utara), " katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta penjelasan mengenai status pemantauan kesalahan trafik AES serta sama ada pemandu yang mendapat saman AES perlu menjelaskan kompaun mereka.

Pada 18 Disember lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan mengarahkan semua prosiding berkaitan saman AES ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment