My Add

Tuesday 2 July 2013

Pembangkang belum buat pendirian

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Julai, 2013: Pakatan pembangkang belum membuat pendirian tentang satu fasal dalam Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat minggu lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mereka masih berbincang dan keputusan mengenainya akan hanya dibuat menjelang minggu depan.

"Kami sedang meneliti rang undang-undang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang legar Parlimen, di sini, hari ini.

Fasal dalam rang undang-undang itu yang membenarkan kanak-kanak bawah umur menukar agama dengan persetujuan ibu atau bapanya, dilihat banyak pihak tidak seiring dengan keputusan Kabinet pada 23 April 2009.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat pengumuman tentang perkara itu sebelum atau ketika pembentangan rang undang-undang berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment