My Add

Monday 1 July 2013

PKR turut tolak saranan DAP boikot PRK Kuala Besut

KUALA LUMPUR, ISN IN, 01 Julai, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan rakan sekutunya, DAP supaya Pas memboikot pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, parti itu sebaliknya menyokong Pas bertanding di kerusi tersebut.

"Majlis Pimpinan Pusat parti telah membuat ketetapan semalam untuk mendokong calon Pas yang akan terus kekal di DUN itu.

"Majlis juga telah mengarahkan seluruh jentera pilihan raya peringkat pusat dan negeri untuk membantu bagi kemenangan Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment