My Add

Monday 1 July 2013

1.9 juta isi rumah masih belum miliki rumah sendiri

PUTRAJAYA, ISNIN, 01 Julai, 2013: Sebanyak 1.9 juta isi rumah di negara ini masih belum memiliki rumah sendiri berikutan harga yang terlampau tinggi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, daripada 6.3 juta jumlah isi rumah di seluruh negara, sebanyak 4.4 juta keluarga telah memiliki rumah sendiri, 1.6 juta (masih menyewa) serta baki 300,000 (mendiami rumah setinggan dan menumpang rumah pusaka).

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak 2.46 keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, 1.7 juta (mempunyai rumah sendiri), 627,000 (menyewa) dan 140,000 (tinggal di rumah setinggan dan rumah pusaka).

"Apa yang dibuat oleh Kementerian Kewangan ialah kita ada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKPB). Ini saya ingin perjelaskan bahawa kita menjamin pinjaman mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Syarat-syarat pinjaman perumahan ini melalui Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Malaysia Bhd. kepada rakyat berpendapatan tidak tetap seperti petani, nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil,'' katanya. - UTUSAN ONLINE

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perumahan 1Malaysia anjuran Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment