My Add

Monday 29 July 2013

Polis marin rampas 15 ekor tenggiling

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

MUAR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 Muar merampas sebanyak 15 ekor tenggiling seberat kira-kira 70 kilogram yang dianggarkan bernilai RM45,000 yang cuba diseludup masuk di tebingan Sungai Sabak Awor hari ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 Muar, Asisten Supritendan Nordin Osman berkata, rampasan itu dibuat hasil maklumat awam yang mendapati sebuah sampan fiber berada di tebing sungai itu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, dua anggotanya yang menaiki bot ronda bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki berada di atas tebing sungai, manakala seorang lagi sedang memungah karung berisi haiwan tersebut ke daratan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment