My Add

Wednesday 3 July 2013

RM70,000 lesap penjenayah larikan mesin ATM

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013; Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang mengandungi wang tunai kira-kira RM 70,000 di dalam sebuah pasar raya di Jalan TK 1/11A , Taman Kinrara, di sini dilarikan sekumpulan penjenayah awal pagi ini.

Kejadian itu hanya disedari pekerja pasar raya itu yang tiba pada pukul 7.50 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, berdasarkan kesan yang ditemui pada mesin ATM tersebut, ia dipercayai dipecahkan menggunakan gas oxy Acetylene.

"Suspek dipercayai telah menebuk dinding simen pasar raya melalui tempat pembuangan sampah sebelum memecah masuk ke ruang pasar raya.

"Polis percaya suspek menggunakan gas oxy utk memotong mesin ATM itu kerana terdapat kesan terbakar di sekitar mesin ATM," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - UTUSAN ONL:NORHIDAYU MOHD HASSAN/PIX

KUALA LUMPUR 3 Julai - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang mengandungi wang tunai kira-kira RM 70,000 di dalam sebuah pasaraya di Jalan TK 1/11A , Taman Kinrara ,di sini dilarikan sekumpulan penjenayah awal pagi ini.

Kejadian itu hanya disedari pekerja pasaraya itu yang tiba pada pukul 7.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, berdasarkan kesan yang ditemui pada mesin ATM tersebut, ia dipercayai dipecahkan menggunakan gas oxy Acetylene.

"Suspek dipercayai telah menebuk dinding simen pasaraya melalui tempat pembuangan sampah sebelum memecah masuk ke ruang pasar raya.

"Polis percaya suspek menggunakan gas oxy utk memotong mesin ATM itu kerana terdapat kesan terbakar di sekitar mesin ATM," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment