My Add

Wednesday 3 July 2013

5 lelaki mengaku tidak bersalah samun mesin ATM BSN

 * ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki ke Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba menyamun mesin ATM Bank Simpanan Nasional, di Kuantan Pahang hari ini. - UTUSAN
KUANTAN, rabu, 03 Julai, 2013: Lima lelaki berusia antara 22 hingga 34 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyamun sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Indera Mahkota 5 di sini pada 14 Jun lalu.

Mereka ialah Iskandar Lai Loi Mee, 26, dari Peramu Baru, Kuantan; Mohd. Syaifuddin Jusoh, 34, dari Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur; Hail Lekir Haimi, 29, dari Batu 3 Setengah Kampung Belukar, Kuantan; Fairul Azman Ab. Razak, 25, dari Kota Bharu, Kelantan dan Jivah Ramasamy, 22, dari PAKR Panching, Kuantan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment