My Add

Tuesday 30 July 2013

Tambah kuota 2 juta liter diesel ke Sarawak - KPDNKK

KUCHING, ISNIN, 29 Julai, 2013: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak meluluskan kuota tambahan dua juta liter diesel bagi menangani masalah bekalan bahan api itu yang terhad di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Negeri, Wan Ahmad Wan Uzir, berkata Sarawak bakal memperoleh kuota tambahan bahan api itu hari ini berikutan permintaan yang semakin meningkat sehingga melebihi bekalan.

Katanya, sebanyak 25 stesen minyak di lokasi strategik di seluruh negeri akan memperoleh kuota tambahan untuk menampung keperluan pengguna. - BH

No comments:

Post a Comment