My Add

Tuesday 30 July 2013

Tiada projek bawah RMK-10 terbengkalai - Shahidan

KUALA LUMPUR, isnin, 29 jULAI, 2013:: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tiada projek pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) yang terbengkalai setakat ini.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata terdapat 238 projek dengan nilai keseluruhan RM4.48 bilion mengalami kelewatan daripada tarikh siap yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu sebanyak 61 projek dikategorikan sebagai 'projek sakit' dengan nilai keseluruhan RM1.3 bilion.

"Antara sebab kelewatan ialah pengurusan dalaman kontraktor yang lemah, masalah mendapat bekalan bahanan binaan dan masalah tenaga kerja," katanya ketika menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim di sini.

Shahidan berkata pelbagai langkah pemulihan diambil termasuk mengadakan msyuarat pemantauan dari semasa ke semasa membabitkan jawatankuasa peringkat pusat dan negeri.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa projek sakit yang diketuai oleh ketua setiausaha kementerian, bagi memastikan semua projek terbabit disiapkan secepat mungkin.

"Projek yang ditakrif 'sakit' ini adalah projek yang kelewatan pelaksanaanya melebihi dua bulan atau 20 peratus daripada jadual yang ditetapkan manakala projek yang ditakrif sebagai 'lewat jadual' mengalami kelewatan 10 peratus daripada jadual pelaksaan projek," katanya.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata semua projek pembangunan yang dirancang dalam RMK8 dan RMK9 telah disiapkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment