My Add

Monday 29 July 2013

Usaha banteras syiah merentasi fahaman politik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Usaha membanteras penularan fahaman syiah di negara ini yang dilakukan kerajaan adalah merentasi fahaman politik, ideologi dan kumpulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana penyebaran fahaman tersebut tidak dibenarkan kepada mana-mana rakyat di negara ini.

"Selalu kita tekankan sebarang penglibatan tidak mengira mana-mana anutan parti politik dan pegangannya tetapi yang berpegang kepada amalan Syiah tidak dibenarkan di Malaysia.

"Kita tidak kira dalam parti politik, asalkan dia mengamalkan Syiah, kita tidak benarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas Jamil Khir, mufti kesemua negeri sememangnya bersetuju untuk tidak membenarkan fahaman syiah di negara ini namun pewartaan fahaman itu sebagai haram belum dibuat atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata, ini kerana bagi mengemaskini warta mereka, terdapat beberapa perkara yang agak longgar dan perlu diperkemaskan bagi tujuan tersebut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment