My Add

Monday 29 July 2013

Wanita 50 tahun maut dalam kebakaran belukar

Oleh FARHANA JONI

SARIKEI, ISNIN, 29 Julai, 2013: Seorang wanita berusia 50 tahun maut dalam kebakaran belukar di Kampung Baru-Selalang dekat sini hari ini dan dikhuatiri terdapat mangsa lain terlibat dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 4.20 petang, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima laporan mengenai satu kebakaran melibatkan kawasan belukar seluas empat hektar sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurut Pegawai Operasinya, Pegawai Bomba Unjah Janggau, sebanyak 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer dari balai tersebut dan mendapati mayat seorang wanita telah dikeluarkan oleh penduduk kampung.

"Setakat ini kita masih tidak mengetahui punca sebenar kematian dan dipercayai mangsa terperangkap dalam kebakaran belukar tersebut.

"Sehingga pukul 6.30 petang ini, kita masih memadamkan kebakaran dan menjalankan usaha mencari sekiranya ada mangsa lain yang turut terperangkap," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Unjah, kawasan belukar itu bersebelahan dengan kebun koko dan lada bagaimanapun kawasan tanaman itu tidak terjejas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Poniman Margiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut selain menambah pihaknya belum mengetahui punca kematian mangsa. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment