My Add

Monday 29 July 2013

Polis kenal pasti sindiket penyeludupan senjata api

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN

PUTRAJAYA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti kumpulan dan individu tertentu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api dari negara jiran ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga sedang mengkaji penglibatan sindiket antarabangsa ekoran rampasan sejumlah besar senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata, pasukannya sedang berusaha meningkatkan risikan dan mengawal beberapa lokasi berlakunya penyeludupan senjata api untuk tindakan lanjut.

"PDRM memandang serius isu tembak-menembak di negara ini dan kita semakin hampir ke kumpulan tertentu, kita juga mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata ke negara ini.

"Kita percaya wujud penglibatan dari negara jiran kerana jika senjata api itu dijual di negara ini, peralatan itu perlu didaftarkan. Sindiket ini pula bukan yang besar sahaja, ada juga yang bawa masuk senjata api itu secara kecil-kecilan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment