My Add

Wednesday, 25 December 2013

Dasar kerajaan berjaya lahirkan rakyat kelas profesional - PM

MEKAH, SELASA, 24 Disember, 013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha kerajaan memberi fokus terhadap dunia pendidikan berhasil melahirkan golongan rakyat kelas profesional yang berani bersaing di persada antarabangsa.

Perdana menteri berkata ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat Malaysia semakin bertambah berbanding masa lepas.

"Jika tidak melalui pemberian biasiswa dengan peruntukan besar dan penubuhan institusi pengajian tinggi, tidak mungkin wujud golongan sedemikian dalam kalangan rakyat.

"Mereka lebih terpanggil untuk melihat peluang di persada antarabangsa, tak rasa kekok atau tertekan untuk bersaing dengan orang lain," katanya kepada wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan kerjanya di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment