SPA: Permohonan bukan Melayu meningkat
PUTRAJAYA, SELASA, 24 Disember, 2013: Permohonan daripada kaum bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan awam meningkat hampir sekali ganda sepanjang tahun ini berbanding tahun lepas.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, sebanyak 42,696 pemohon Cina dan 72,322 pemohon India mendaftar dengan SPA sepanjang tahun ini sekali gus menunjukkan kaum bukan Melayu semakin berminat menyertai perkhidmatan awam.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang SPA di bangunan SPA di Kompleks C di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment