My Add

Sunday, 1 December 2013

'Kucing kurap': Jeef Ooi minta maaf selepas diarah Karpal

Oleh AZELI ALI

PULAU PINANG, ahad, 01 DisEMBER, 2013: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akhirnya meminta maaf kerana menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' bulan lalu.

Wakil rakyat DAP itu membuat pengumuman maaf tersebut selepas diarahkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013 di sini hari ini.

Jeff berkata, tiada orang lain yang boleh mengarahkan beliau untuk menarik balik dan meminta maaf atas kenyataan yang dibuat yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak serta menimbulkan kemarahan kakitangan MPPP itu.

"Tetapi sebagai Little Tiger of Jelutong, saya hanya akur kepada arahan dan kata-kata yang dikeluarkan Tiger of Jelutong iaitu Karpal Singh.

"Dengan ini saya secara terbuka ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terluka dengan kenyataan saya itu," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Karpal berkata, kakitangan MPPP tidak sepatutnya dihina dengan gelaran seperti itu dan beliau akan mengarahkan Jeff Ooi meminta maaf secara terbuka. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment