Tiga nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan
Oleh ZAMZURINA AHMAD
KUANTAN, AHAD, 01 Disember, 2013: Tiga nelayan termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di jeti Kuala Merchong, Nenasi, Pekan dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, Mohamad Asri Mohamad Isa, 17, dan bapanya, Mohamad Isa Awang Ngah, 65, serta jiran mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, keluar ke laut seperti biasa kira-kira pukul 5.30 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian bernombor PHS 3009. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment