My Add

Sunday, 1 December 2013

Naik gaji, elaun: Selangor menunjuk-nunjuk?

KUALA TERENGGANU, SABTU, 30 November, 2013: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.

Dalam masa sama, Harun tidak menolak kemungkinan kelulusan menaikkan gaji serta kadar elaun tersebut adalah didorong oleh lebihan bajet (budget surplus) yang diumumkan kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, terserah kepada kerajaan negeri itu yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskannya.

"Saya tak mahu campur urusan mereka (kerajaan Selangor), biarlah dan ikut pandai dialah nak naik banyak mana pun gaji atau elaun.

"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment