My Add

Sunday, 1 December 2013

MB Selangor harus responsif - TPM

RAUB, SABTU, 30 November, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus responsif kepada suara rakyat negeri itu yang merasakan jumlah kenaikan elaun dan gaji anggota pentadbiran serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai luar biasa, berlebihan dan tidak bersesuaian.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, dalam hal ini tidak ada sebab untuk Abdul Khalid tidak boleh melakukan mengikut kehendak rakyat memandangkan wang yang akan digunakan bagi membayar gaji ADUN dan anggota pentadbiran lain di Selangor adalah wang rakyat.

"Mungkin ada asas (kenaikan) tetapi tidaklah sampai begitu besar sekali kenaikan. Jadi bagi saya kalau dia betul Menteri Besar yang prihatin kepada masalah negeri dan pandangan masyarakat, maka dia harus respons.

"Dan dari segi apa yang berlaku (percanggahan pendapat) di kalangan pemimpin, mereka nampak tak sepakat, tetapi biarlah masyarakat menilai. Tetapi bagi kita, ini berlaku kerana tidak ada muafakat, jadi masing-masing punya pendirian sendiri," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Gali Tengah, di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment