Oleh FARHANA JONI
KUCHING, AHAD, 1 Disember, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah supaya bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap pengusaha calet di pulau-pulau di Sabah terutama Pulau Pom-Pom dekat Semporna yang menghalang anggota pasukan keselamatan itu menjalankan tugas rondaan keselamatan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pasukan itu tidak seharusnya berkompromi dalam perkara membabitkan soal keselamatan negara dan nyawa rakyat.
Malah, tegasnya, polis dibenarkan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak termasuk rakyat yang cuba menghalang atau mengganggu tugas mereka.
"Dalam usaha memerangi kegiatan jenayah, pasukan polis tidak perlu bersikap lembut dengan mana-mana operator atau pengusaha pusat pelancongan yang cuba menghalang mereka membuat rondaan di kawasan pulau-pulau berkenaan.
"Operator dan pengusaha pusat pelancongan di Pulau Pom-Pom misalnya, harus menjadikan kejadian penculikan membabitkan pelancong asing baru-baru ini sebagai teladan, dengan memberi kerjasama kepada polis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM300,000 kepada Pengerusi Gereja St. Paul's Extension Centre, Engachok Siong di Bandar Baru Samariang, di sini hari ini.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong mengulas tindakan beberapa pengusaha calet di Sabah yang enggan memberi kerjasama kepada anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan polis ketika menjalankan tugas rondaan kawalan keselamatan di pulau-pulau pelancongan di perairan negeri itu.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek memberitahu, operator dan pengusaha calet menghalang dan mengehadkan masa rondaan yang dilakukan anggota keselamatan di kawasan berkenaan,
Tindakan tersebut dilakukan dengan alasan mereka mahu menjaga imej kerana rondaan pasukan keselamatan di kawasan pelancongan berkenaan boleh menimbulkan rasa kurang selamat kepada pelancong asing yang bercuti di situ.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sedang bekerjasama memantau secara dekat perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa penculikan itu.
Menurutnya, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan selamat.
"Kerajaan Filipina dan keluarga mangsa masih menjalankan rundingan mengenai wang tebusan yang diminta kumpulan penculik berkenaan," ujarnya. - UTUSAN
![]() |
8 WAN Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) menyampaikan cek bernilai RM300,000 kepada Engachok Siong di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN |

No comments:
Post a Comment