Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
BERA, SABTU, 30 November, 2013: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan program Touch Point bagi mewujudkan satu kampung satu dusun dengan menanam buah-buahan komersial untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu akan bermula tahun depan dengan menyasarkan setiap rumah menanam sekurang-kurangnya tiga jenis pokok buah-buahan di halaman rumah mereka.
Menurutnya, penduduk kampung terlibat akan diberi anak pokok yang berpotensi untuk dipasarkan dan secara tidak langsung mampu menjana pendapatan tambahan kepada mereka.
"Kita akan memberikan anak pokok yang mempunyai permintaan pasaran seperti durian dan nangka madu.
"Jika setiap rumah menanam dua atau tiga jenis pokok buah-buahan dan diikuti oleh rumah lain di dalam kampung tersebut, maka secara tidak langsung mewujudkan satu dusun di tempat mereka,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Road To Maha 2014 di Dataran Kerayong di sini hari ini.
Katanya, mereka yang berminat menyertai program itu boleh mengunjungi Jabatan Pertanian untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara berkenaan.
Ismail Sabri berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat menambah hasil pengeluaran buah-buahan tempatan, tetapi juga memberi keuntungan kepada masyarakat luar bandar.
Menurutnya, langkah sedemikian secara tidak langsung mewujudkan satu sektor pelancongan berasaskan pertanian kerana pengunjung bukan sahaja datang melawat malah menikmati buah-buahan tempatan berkualiti.
"Saya berharap penduduk luar bandar tidak melepaskan peluang itu yang disediakan untuk manfaat mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment