My Add

Friday 13 June 2014

132 ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah
KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Seramai 132 orang ditahan sejak Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 berkuat kuasa mulai 2 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun beliau tidak bercadang mendedahkan secara terperinci mengenai siasatan ke atas semua tahanan berkenaan kerana dikhuatiri mengganggu proses siasatan polis.

Menjawab soalan bertulis Dr. Ko Chung Sen (DAP-Kampar) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, katanya, mengenai penangkapan Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, seorang pengusaha pusat Internet, beliau juga tidak berhasrat mendedahkannya secara terperinci kerana boleh mengganggu proses siasatan.

Tambah beliau, panel Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah terdiri daripada mereka yang mempunyai integriti tinggi serta berpengalaman selama lebih 27 tahun dalam bidang keselamatan dan juga pengamal undang-undang bertauliah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment