My Add

Friday, 13 June 2014

Petrol, diesel dikecualikan GST?

 Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas bahan api terutama petrol dan diesel apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu boleh dilaksanakan jika rasionalisasi subsidi petroleum yang akan diumumkan dalam masa terdekat berupaya memberi penjimatan besar sebagaimana disasarkan.

"Ketika ini, petrol dan diesel di Malaysia memang dikecualikan daripada cukai jualan. Bagi setiap liter petrol, 58.26 sen cukai jualan dikecualikan manakala bagi setiap liter diesel pula 40 sen cukai jualan tidak dikenakan," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang Akta Perbekalan Tambahan 2014 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad bersetuju dengan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) iaitu jika GST dikenakan ke atas petrol dan diesel, kerajaan mampu meraih sehingga RM3 bilion setahun.

Namun, tegasnya, ‘kehilangan’ hasil tersebut jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, mampu ditampung jika pelan rasionalisasi subsidi yang bakal dilaksanakan kelak memberi penjimatan besar.

Ahmad memberitahu, bermula Januari tahun hadapan, kerajaan akan menerbitkan buku panduan tentang barangan yang dikenakan GST.

Jelasnya, menerusi buku panduan tersebut, orang ramai dapat mengetahui harga sesuatu barangan sama ada naik atau tidak mengalami sebarang perubahan selepas GST. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment