My Add

Thursday 19 June 2014

25 kes buang bayi dilaporkan Januari-Mac 2014

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes.

Azizah menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) di sini, hari ini yang bertanyakan statistik dan tindakan kerajaan untuk membendung isu berkenaan.

Tambahnya sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment