My Add

Thursday 19 June 2014

Presiden Pas pulang, doktor nasihatkan berehat

KUALA TERENGGANU, KHAMIS 19 Jun, 2014: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulang ke Malaysia petang semalam selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun kesihatan Abdul Hadi bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, doktor menasihati beliau untuk terus berehat dalam satu tempoh tertentu.

"Sehubungan itu, diharapkan semua pihak memberikan ruang secukupnya kepada Presiden Pas untuk pulih sepenuhnya sebelum beliau dapat bertemu dan memberi komitmen terhadap program parti dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki, setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment