My Add

Thursday, 5 June 2014

260,000 pekebun kecil getah terima bantuan RM500

PUTRAJAYA, RABU 04 Jun, 2014: Seramai 260,000 orang pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima RM500 di bawah bantuan khas kejatuhan harga getah mulai pertengahan Jun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebanyak RM130 juta telah diperuntukkan untuk pengagihan bantuan khas tersebut yang akan dibayar secara one-off kepada pekebun kecil yang layak.

``Mereka yang layak mestilah rakyat Malaysia yang memiliki keluasan kebun di bawah 2.5 hektar serta berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment