My Add

Thursday, 5 June 2014

ATSB keluar tender terbuka cari MH370

KUALA LUMPUR, RABU 04 Jun, 2014: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian di dasar laut untuk mengesan pesawat MH370, bermula Ogos ini.

Salinan tawaran tender terbuka itu boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au. dan tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

Menurut Biro itu, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan akan dilantik sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB bagi mencari pesawat itu yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment