My Add

Tuesday 17 June 2014

275 askar AS dihantar ke Iraq

WASHINGTON, SELASA 17 Jun, 2014: Sebanyak 275 askar Amerika Syarikat (AS) dikerah ke Iraq bagi membantu kakitangan AS dan kedutaan negara ini di Baghdad, kata Presiden Barack Obama dalam sepucuk surat kepada pemimpin Kongres.

Obama berkata, pasukan itu dihantar semalam dan akan bertanggungjawab melindungi rakyat dan harta benda AS serta dilengkapi kelengkapan untuk menghadapi pertempura

``Pasukan ini akan kekal di Iraq sehingga situasi keselamatan menentukan keperluannya,’’ katanya.

Tindakan itu diambil ketika militan dari kumpulan negara Islam Iraq dan jajahannya (ISIL) menyerang dan merampas kawalan ke atas bandar-bandar di utara Iraq. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment