My Add

Tuesday, 17 June 2014

80 penjawat awam ditahan terlibat rasuah lima bulan pertama 2014

MELAKA, SELASA17 Jun, 2014: Sebanyak 80 penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan rasuah bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Menurut laman web rasmi SPRM, jumlah itu menunjukan peningkatan berbanding 65 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.

Kumpulan sokongan merupakan golongan yang paling ramai ditahan iaitu 67 orang diikuti kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak 13 orang.

Tiada penjawat awam daripada kumpulan pengurusan tertinggi ditahan, menurut laman web berkenaan.

Dalam tempoh sama, SPRM juga menahan 127 orang awam dengan 36 orang daripadanya merupakan pekerja sektor swasta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment