28 penyokong Mursi dipenjara seumur hidup
KAHERAH, SELASA 3 Jun, 2014: Mahkamah Jenayah Fayoum menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 28 orang penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi semalam atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas.
Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap 15 orang pengikut Mursi kerana melakukan tindakan mensabotaj dan menghalang jalan pada Julai tahun lalu.
Keputusan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada siri perbicaraan besar-besaran yang dilakukan terhadap penyokong Mursi dan pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin, ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment