My Add

Tuesday 3 June 2014

Lima terkorban ribut melanda Teheran

TEHERAN, SELASA 03 Jun, 2014: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas ribut pasir melanda bandar raya ini hari ini, sehingga mengakibatkan bekalan eletrik terputus serta beberapa buah bangunan musnah.

Media tempatan melaporkan, ribut berkelajuan 110 kilometer sejam

itu berlaku kira-kira pukul 5.10 petang waktu tempatan (8.40 malam waktu Malaysia).

Ketua Agensi Kecemasan Iran, Amin Sabernia berkata, kejadian tersebut turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang cedera dan hampir 7,000 anggota penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terjejas. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment