My Add

Wednesday 4 June 2014

57 ditahan aktiviti ah long di Selangor

SHAH ALAM, SELASA 03 Jun, 2014: Polis Selangor menahan 57 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan ceti haram atau ’along’ bagi tempoh Januari hingga April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, dalam tempoh itu, 29 kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (AAPW) 1951 iaitu memberi pinjaman tanpa lesen.

"Pencapaian ini menguatkan lagi tekad kami dalam usaha membanteras kegiatan ah long," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai Operasi ’Ops Vulture’ yang menyaksikan kira-kira 300 poster dan iklan ceti haram ditanggalkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di sekitar Taman Seri Muda.

Menurut Mun Phing, 5,756 iklan peminjam wang haram telah diturunkan dalam empat bulan pertama tahun ini.

"Kami nasihatkan orang ramai supaya tidak membantu ah long mengedarkan risalah serta menampal poster kerana ia merupakan satu kesalahan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment