My Add

Wednesday 4 June 2014

Polis minta orang ramai bantu kes rempuh Mohd. Azuan

KULAIJAYA, SELASA 03 Jun, 2014: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes langgar mengakibatkan kematian Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah Isnin lepas, tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, maklumat orang ramai amat penting bagi menyelesaikan kes itu.

"Kita sedang adakan siasatan secara terperinci dan cuba kenal pasti suspek yang berkaitan. Kita berharap dapat selesaikan kes ini secepat mungkin agar mereka yang bertanggungjawab dapat dihadapkan ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga Allahyarham di rumahnya di sini hari ini.

Pada 26 Mei lepas, Mohd. Azuan, yang juga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh kereta dinaiki penjenayah, dipercayai terlibat dalam satu kes samun di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment