My Add

Thursday 12 June 2014

6,769 banduan kes berulang

KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Statistik Jabatan Penjara pada tahun lalu menunjukkan terdapat seramai 6,769 banduan kes berulang atau residivis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, seramai 5,553 banduan merupakan kes jenayah manakala 1,216 banduan terlibat kes dadah.

Menurutnya, tempoh hukuman pemenjaraan bagi kesalahan-kesalahan tersebut bermula daripada hukuman singkat iaitu hukuman pemenjaraan bawah dari enam bulan sehinggalah kepada hukuman seumur hidup atau 30 tahun.

"Kementerian memandangkan serius kes kemasukan berulang atau residivis sebagai indeks petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian.

"Untuk makluman, kadar residivis bagi tahun lalu ialah 7.61 peratus iaitu masih di bawah kadar residivis yang ditetapkan oleh kementerian iaitu sembilan peratus," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung jumlah banduan yang ditahan di penjara bagi kesalahan kali pertama, kedua, ketiga dan keempat mengikut pecahan jenis jenayah dan hukuman.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, kementerian khususnya Jabatan Penjara sentiasa menambah baik program pemulihan untuk banduan supaya mereka tidak kembali melakukan jenayah apabila dibebaskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment