My Add

Wednesday 18 June 2014

8 terkorban dalam pertempuran di Lahore

ISLAMABAD, RABU 18 Jun, 2014: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh termasuk seorang anggota polis dalam pertempuran antara pasukan polis dan pengikut ulama di Lahore, timur negara ini, semalam.

Pertempuran tersebut berlaku selepas anggota polis cuba meleraikan sekatan yang dibuat sebagai keselamatan tambahan di sekitar kawasan kediaman di Tahirul Qadri yang telah lama membuat tuntutan untuk perubahan politik, pilihan raya serta menjadi sasaran ancaman kumpulan taliban.

Pengarah Hospital Jinnah, Dr Abdul Rauf berkata lapan terkorban dalam kejadian itu manakala 70 yang lain cedera termasuk dua orang wanita dan seorang anggota polis. - DPA/UTUSAN

No comments:

Post a Comment