My Add

Wednesday 18 June 2014

25 militan terkorban di Waziristan
ISLAMABAD, RABU 18 Jun, 2014: Pakistan semalam, memusnahkan sebuah kilang membuat bom di kawasan pergolakan di North Waziristan menyebabkan 25 anggota militan terkorban.

Jet tentera udara Pakistan telah mengebom kedudukan kubu kumpulan Taliban di Waziristan sejak Ahad lalu, ketika tentera mengumumkan mahu menghantar pasukan tentera dan helikopter ke kawasan tersebut untuk mengusir kumpulan al-Qaeda.

“Kita telah mengepung sekitar lokasi persembunyian pengganas termasuk di bandar Mirali dan Miranshah. Seramai tiga pengganas terbunuh semalam, manakala ada yang melarikan diri dari kawasan kepungan di Miranshah," kata tentera dalam satu kenyataan. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment