My Add

Thursday 19 June 2014

Agong hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-235

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-235 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mesyuarat hari kedua itu dihadiri kesemua Raja Melayu kecuali Pahang yang tidak menghantar wakil. Kesemua Yang Dipertua Negeri turut hadir.

Dalam mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud diiringi Ketua Menteri masing-masing.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment