My Add

Thursday 19 June 2014

Kerajaan akan anjur bajet gender dengan kumpulan fokus

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Kerajaan akan menganjurkan pertemuan dengan kumpulan fokus bagi membincangkan bajet gender, bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Kami akan mulakannya dengan persekitaran ekonomi, dan apa yang perlu dikembangkan dari segi prospek dalam ekonomi global.

"Kemudian kami akan memasuki bidang lain, termasuk jenis bajet dan dasar gender," katanya.

Ahmad Husni berkata, walaupun kerajaan tidak mempunyai masalah dengan isu-isu wanita di negara ini, terutama dari segi tenaga kerja dan pendidikan, kerajaan masih mahu mendengar keperluan kumpulan ini.

Kini terdapat lebih 70 peratus wanita di universiti dan ramai kaum wanita bekerja, katanya.

"Dari segi bajet gender, berbanding beberapa negara lain, wanita mereka tidak boleh ke hospital, tidak diberikan peluang pekerjaan dan pendidikan.

"Ekosistem kita berbeza berbanding negara lain seperti Afrika. Namun elok kita bincangkan," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment