My Add

Sunday, 15 June 2014

Anggota PGA, pengawal keselamatan ditembak

SANDAKAN, AHAD 15 Jun, 2014: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.

Kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu.

Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment