My Add

Sunday 15 June 2014

Ops Titik catat 151 kes sejak 15 Mei lalu

KUALA PILAH, AHAD 15 Jun, 2014: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menegaskan Ops Titik bagi menangani penyelewengan diesel mula membuahkan hasil dengan 151 kes dicatat membabitkan sitaan bernilai RM8.05 juta sejak dilancar pada 15 Mei lalu.

Katanya, operasi bersepadu itu menyasarkan semua pihak, bukan setakat individu tertentu tetapi juga syarikat dan kawasan 'hot spot' yang dikenal pasti menerusi risikan.

Semalam sahaja, dua kes dilapor di Selangor dengan nilai sitaan RM116,006 manakala pada Jumaat lapan kes iaitu empat di Kelantan, dua di Negeri Sembilan dan satu kes masing-masing di Sabah dan Sarawak dengan nilai sitaan RM186,560, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hasan sepanjang Ops Titik, Johor dan Putrajaya mencatatkan kes tertinggi iaitu enam kes, namun dari segi nilai sitaan Johor tertinggi dengan RM2.166 juta manakala Putrajaya RM1.592 juta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment