My Add

Thursday 19 June 2014

Azmin Ali diperintah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, KHAMIS 19 Jun, 2014: Anggota Parlimen pembangkang Azmin Ali (PKR-Gombak) diperintah keluar daripada Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari arahan Timbalan Yang Dipertua Datuk Ronald Kiandee untuk menarik balik perkataan "hodoh" yang dilemparkan kepada seorang anggota Parlimen yang lain.

Azmin didakwa mencemuh Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan berkata "Jadi Menteri tetapi Perangai Hodoh" ketika dewan kecoh apabila anggota Parlimen pembangkang itu mempersoal keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul menggantung Anggota Parlimen Padang Serai N.Surendran daripada menghadiri persidangan untuk dibahaskan.

Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3), yang membawa usul menggantung Surendran selama enam bulan daripada tarikh keputusan usul itu diluluskan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment