My Add

Monday 9 June 2014

Bakal calon SPM hilang, disyaki lari ikut kekasih

ALOR SETAR, ISNIN 09 Jun, 2014:- Seorang bapa kepada remaja perempuan berumur 17 tahun di Jalan Bunga Raya di sini merayu supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai lari mengikut teman lelakinya sejak 1 Jun lalu.

Che Ahmad Din, 54, berkata, anak tirinya itu, Nor Azlin Azelan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumahnya pada pukul 3 pagi.

Kehilangan Nor Azlin disedari ibunya Sabarashah Musa, 47, selepas melihat anak perempuannya itu tiada di dalam bilik.

"Jiran yang duduk berhampiran rumah memberitahu mereka nampak anak saya memanjat pagar dan menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

"Dia keluar membawa kad pengenalan serta telefon bimbitnya. Saya sudah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi pihaknya di talian 012-5297161 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment