My Add

Monday, 9 June 2014

Najib umum tiga langkah liberalisasi

KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah liberalisasi untuk menggalakkan pelaburan dalam pelbagai bentuk aset.

Menurut Perdana Menteri, langkah-langkah itu pertamanya, memansuhkan keperluan mandatori terhadap penarafan kredit, berkuat kuasa 1 Januari 2017.

"Ini akan meluaskan lagi pasaran bon korporat dan membolehkan para pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

" Pendekatan beransur-ansur sedang diambil untuk memberikan pemain industri masa yang cukup dalam menyempurnakan mekanisme di bawah langkah baharu tersebut.

"Bermula 1 Januari depan, kelonggaran akan diberikan berkaitan dengan penarafan kredit selain keupayaan perdagangan bon serta sukuk yang tidak dikelaskan," katanya dalam ucaptama sempena Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.

Langkah kedua jelas Najib, meliberalisasi pegangan saham ekuiti bagi agensi penarafan kredit manakala agensi penarafan kredit antarabangsa dengan pemilikan asing penuh akan dibenarkan di pasaran Malaysia pada 1 Januari 2017.

Katanya, dalam semangat Komuniti Ekonomi ASEAN, dan untuk menggalakkan pertumbuhan serta persaingan melibatkan industri unit amanah, pegangan saham ekuiti bagi syarikat pengurusan unit amanah juga akan diliberalisasikan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment