My Add

Friday, 6 June 2014

Bangladesh lancar 'cukai hijau'

DHAKA, JUMAAT 06 Jun, 2014: Bangladesh semalam, menguatkuasakan 'cukai hijau' untuk memaksa kilang-kilang yang menyumbang kepada pencemaran membayar levi tambahan dalam usaha untuk membersihkan sungai dan udara yang semakin tercemar di negara ini.

Cukai alam sekitar itu diumumkan sebagai sebahagian daripada AS$32 bilion (RM103.5 bilion) bajet untuk tahun 2014 dan 2015, yang turut memfokuskan terhadap projek infrastruktur gergasi yang baharu di bandar raya ini.

"Industri cairan dan bahan buangan daripada kumbahan bandar adalah penyebab sungai di negara ini teruk tercemar dan sekali gus menjejaskan akuatik dan persekitarannya," kata Menteri Kewangan, A.M.A Muhith ketika mengumumkan bajet tersebut di Parlimen semalam. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment