My Add

Tuesday 3 June 2014

Bekas Exco kerajaan negeri Kedah meninggal dunia

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI, SELASA 03 Jun, 2014: Bekas Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk V. Saravanan, 67, meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Mendiang yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Perpaduan Negeri dan Kebajikan Pekerja Ladang dan Masyarakat India Kedah dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang.

Pengerusi MIC Kedah, Datuk S. Ganesan berkata, mayat mendiang akan dibawa pulang ke rumah di Jalan Pegawai di sini bagi urusan pengebumian esok.

"Bagi pihak MIC Kedah dan juga penduduk kawasan Bukit Selambau, kita berasa sedih atas kehilangan seorang tokoh yang banyak menyumbangkan jasa kepada pembangunan di kawasan Sungai Petani ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ganesan berkata, Saravanan juga merupakan antara wakil rakyat MIC yang lama berkhidmat di negeri Kedah iaitu sejak tahun 1995 hingga 2006. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment