My Add

Tuesday 3 June 2014

Animasi Ummi berjaya tembusi pasaran 27 negara

Oleh HASNURUL MOHAMED dan NUR AZREEN ARIFIN

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Animasi Ummi yang kandungannya berunsur keislaman kini berjaya menembusi pasaran 27 negara termasuk Asia Barat.

Terbaru, produksi animasi Ummi terbitan Hud Hud Media Sdn. Bhd., milik pasangan suami isteri, komposer Johan Nawawi dan Nora Ariffin akan ditayangkan di Indonesia pada akhir bulan ini.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis pelancaran Ummi Xport, Nora selaku Pengarah Hud Hud Media, berkata, cabaran untuk merealisasikan animasi Ummi yang berkonsepkan keislaman bukannya mudah.

"Saya dan suami, Johan pernah ditolak oleh pihak yang mempersoalkan siapa yang mahu menonton animasi berkandungan Islamik?

"Penolakan itu kami terima dan sebaliknya menterjemahkannya sebagai satu cabaran kerana hasrat kami adalah memberi sajian bermesej kepada penonton kanak-kanak," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment