My Add

Saturday, 21 June 2014

Bible: Pas Pusat tidak bincang

KUALA LUMPUR, JUMAAT 20 Jun, 2014: Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merampas Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu sehingga menjadi satu isu besar di negeri berkenaan bukan satu perkara yang menjadi perbincangan Pas pusat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sehubungan itu tidak timbul isu empat ahli Parlimen parti tersebut telah melanggar keputusan Pas Pusat berhubung isu berkenaan.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri Selangor dan Pas Selangor untuk memutuskan perkara itu, jadi tidak timbul isu berbangkit tentang empat Ahli Parlimen Pas tersebut yang dikatakan telah melanggar keputusan Pas Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima di sini hari ini.

Beliau ditanya tindakan yang bakal dikenakan terhadap empat wakil rakyat parti itu yang sebelum ini mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan melakukan pindaan enakmen badan agama berkenaan.

Empat ahli Parlimen terlibat ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment