My Add

Saturday 21 June 2014

Kaji kaedah pembayaran semula PTPTN

ALOR SETAR, JUMAAT 20 Jun, 2914: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah menggesa kerajaan mengkaji kaedah pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memandangkan jumlah peminjam yang masih belum membayar hutang masih tinggi.

Presidennya, Shamsul Bahar Abd. Rani (gambar) berkata, sehingga kini sebanyak 183,000 peminjam direkodkan dan satu tindakan perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan golongan tersebut membayar balik pinjaman mereka.

Dalam masa sama, katanya, kaedah yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan itu haruslah tidak membebankan kumpulan tersebut.

"GPMS Kedah bimbang jika polemik ini berlarutan maka akan menafikan peluang lebih ramai pelajar untuk menerima hak mereka melanjutkan pelajaran disebabkan masalah kewangan.

"Kami menyeru kerajaan segera mendekati kumpulan peminjam tegar dan mendapatkan maklum balas daripada mereka memandangkan ada antaranya masih belum mempunyai pekerjaan tetap," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GPMS juga mencadangkan pihak PTPTN mengadakan kerjasama bersepadu dengan Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk memudahkan potongan gaji dilakukan terhadap peminjam yang mempunyai pekerjaan.

Kata Shamsul Bahar, sebarang aduan atau cadangan untuk menangani masalah tersebut boleh dibuat melalui emel gpmsnegerikedah@gmail.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment