My Add

Monday 2 June 2014

Budak perempuan terjun kenderaan dilarikan penjenayah

KUALA LUMPUR, ISNIN 02 Jun, 2014: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar daripada sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3 di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat kepada Bernama di sini.

Katanya, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.

Suspek yang berbadan kurus tinggi dan dipercayai warga tempatan berusia dalam 30-an dilihat turun daripada sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sambil bercakap menerusi telefon bimbit, sebelum melarikan kenderaan tersebut, katanya.

Katanya, bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba menghalang namun gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya.

``Kanak-kanak itu ditemui bapanya kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian,'' katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment